Selamat Datang Ke Laman Matematik Tahun 1

BENTUK
3 DIMENSI & 2 DIMENSI

Khamis, 15 November 2012

mari jawab soalan teka -teki bentuk 2 Dimensi

teka-teki 1
sayang emak duduk di sisi,
sayang ayah tinggal di sini,
bentuk ini sama sisi,
siapa tahu bentuk ini?
teka-teki 2
buat kaya bersama bonda,
boleh dihidang dihari raya,
badan saya macam roda,
cuba teka siapa saya?
teka-teki 3
dalam semak nampak besi,
dari jauh nampak bercahaya,
saya ada tiga sisi,
cuba teka siapa saya?
teka-teki 4
pergi Melaka membeli ragi,
cantik berseri berbaju kebaya,
badan saya empat segi,
cuba teka sampai berjaya.
jawapan : 1. segiempat sama, 2. bulat, 3. segitiga, 4. segiempat tepat.

11 ulasan:

  1. Blog yg penuh informasi.bolehlah caya copy teka tekinya ya.. Terima kasih kerana perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  2. tq semua kerana sudi follow blog ni...kalu nk amik ape2 info dlm blog ni..ambil je...setiap ilmu perlu ilmu perlu disebarkan dan diamalkan...

    BalasPadam
  3. Teka-teki yang dapat menarik perhatian murid.

    BalasPadam
  4. tahniah cikgu....blog yg menarik dan berinformasi

    BalasPadam